Wednesday 4 February 2015

Luahan hati (':

Tak nak baca sudah.. tak paksa ponnnn



Semalam (030415) lepas buka kasut, buka stoking.. kaki kanan Sign baru je jejak kat lantai rumah terus my mom be like..


 “E___, nak masuk teknik tak?” and..



                .. kepala terus berdenyut n rasa gatal tiba-tiba. Lepas tu berkurung dalam bilik~ sampai la pagi tadi Sign kalut gila babas sampai tak jumpa dekat mana kain sekolah Sign.

Tengah-tengah kalut tanya la mama..


                “ma, ada nampak kain sekolah E___ tak?”


                time orang basuh, jemur, lipat tak reti nak nolong lepas tu mula la kalut tanya orang. Cuba E___ masuk asrama, mesti dah berdikari. Tak ada susah payah nak kena tanya orang lain.. cuba tengok dekat lorong sana”


Dengan langkah yang lemah dan longlainya Sign menapak ke tempat yang mama maksudkan dan.. JENG JENG JENG!! Jumpa dahh!!


but still Sign rasa serba salah.


Mama susah payah ngandungkan aku. susukan aku. bagi aku makan. Ajar aku merangkak, berjalan, sampai la besar gajah macam ni. tapi takkan impian mama yang 1 tu aku tak dapat tunaikan?



DEEP



And now Sign baru je lepas otp ngan kak Emi.. and Alhamdulillah.. praise to Allah pintu hati Sign dah terbuka SIKIT untuk terima kedatangan Sekolah Menengah Teknik Terengganu dalam hidup Sign. Insya-Allah Sign akan jejakkan kaki kat sana dan banggakan mama ngan abah Sign. INSYA-ALLAH!!
 

Apa yang Sign perlukan sekarang ialah dorongan dan kata-kata semangat dari masyarakat sekeliling Sign. 



FUH! FUH! FUH! *jantung tengah rancak nii.. dah macam kompang dah haa*



Ok lah nak tidur..



AnywayyyY!!!!!


Like what I said, Sign exam Basic Eco harini kan. Sign hepiiiiiiiiiiiiiiiiii gilerrrrrrrrr !! nak nangis doe lepas cikgu amik kertas tadi..!! Apa yang Sign baca, semuaaa masuk!!



Macam biasa lepas setiap kali exam, SEMUA anak-anak mama akan.. 
“mama, harini last exam..

And mama pula tanpa dengar ‘esei’ ciptaan anak-anak dia sendiri, terus jawab 
“yee.. nanti mama bagitau abah” 
wahahahaha! Nak tiup wisel sambil lari keliling rumah sambil tarik-tarik rambut boleh? LoL hahahaha

Happy sangat la tu gamaknya~ phuii hahahaha

*dapat MC sendiri sape tak hepii??*

Ok serius nak tidur!


Assalamualaikum.. maas salamah! Ilalliqa’! (backhug)

Tuesday 3 February 2015

RaiSYAZwaN ( I )

cerpen series~ *ceh.. first try dah series bagai..* dah nak buat macam mana? idea Sign advance sangat time ni~ *hahaha poyo* lepas baca, mohon tinggalkan jejak eh.. Kutukan dan Kritikan serta Pujian dari kalian akan Sign hadam dan jadikannya sebagai motivasi untuk Sign perbaiki segala keburukan dan cacat cela dalam penulisan Sign ni.. :D

Yang buruk itu datangnya dari saya,
Yang sempurna itu datangnya dari Dia.   (:



            “umi, along bukan tak nak kahwin, tapi..”
            “tapi apa, long? Along jangan nak cakap yang along bengkang-bengkok.” Potong Puan Suhaila meleret. Syazwan tarik muka. Ada ke patut umi ni cakap macam tu. Karang aku betul-betul benkang-bengkok mahunya koma setahun nanti.
            “bukanla. Orang just.. tak ada calon je.” Balas Syazwan lemah. Siapa la yang tak nak berumah tangga kan? Dah lama dia mengimpikan kehidupan berumah tangga. Ingin si isteri menyambut kepulangannya, si isteri mengikat tali lehernya sebelum berangkat pergi kerja. Kalau ada anak? Fuh! Lagi syok! Balik kerja boleh tenangkan fikiran dengan bermain dengan anak-anak. Malangnya tu semua mimpi je. Realitinya, dia masih teruna terang tang ting tung lagi. Hmm...
            “eleh.. takkan la tak ada pramugari-pramugari yang nak dekat along. Anak walid ngan umi yang ni sorang bukannya tak ada rupa.” Ujar Encik Haziq pula sambil tayang muka toya depan Syazwan. Alasan yang sama je anak sulong dia ni bagi. Dah muak dah dengar. Kalau jawapan ‘tak ada calon’ mesti jawapan ‘nak hidup bujang puas-puas dulu’. Memang dah boleh hafal dah skrip Syazwan ni.
            “eeii.. memang tak ah along nak bagi umi ngan walid menantu pramugari. Cuba umi ngan walid tengok baju dorang, sendat umi.. Allahu Akbar. Along yang tengok ni pun. Humph.. hilang selera nak buat bini. Kalau setakat nak main-mainkan dorang tu lain la. Along kalau boleh nak badan isteri along just untuk along sorang je. Orang lain tak boleh tengok.” Ujar Syazwan tegas. Puan Suhaila senyum sinis.
            “ala.. umi tengok biasa je baju dorang. Tak ada la sendat mana pun. Baju kebaya lagi sendat rasanya. Lagipun, apa susah? Suruh la dia berhenti kerja.” Jawab Puan Suhaila tenang. Dalam pada masa yang sama dia kagum dengan anak sulungnya ini. Boleh membezakan mana yang baik dan mana yang tidak.
            “entah la umi. Malas nak fikir.” Syazwan bergerak menuju ke kerusi batu berwarna putih yang terletak di tengah-tengah halaman rumahnya itu.
            up to you la along. Nanti bila umur dah meningkat barulah sibuk nak umi cari calon. Cuba imagine umur along 30 lebih baru kahwin, along tak terfikir anak along nanti umur 10 tahun ayah dia dah 40 lebih. Dah macam atuk hantar cucu pergi sekolah pun ada.” Bebel Puan Suhaila. Dilihatnya Syazwan diam menikus. Kepala digeleng perlahan sebelum nafas dihembus perlahan. Matanya mengerling Encik Haziq yang masih setia disisi. Encik Haziq mengangguk kecil. Faham dengan isyarat yang dihantar oleh isteri tercinta itu.
            “malam nanti along ada plan nak pergi mana-mana tak?” tanya Encik Haziq mengubah topik. Syazwan menggigit bibir sambil berfikir sejenak.
            “insya-Allah tak ada. Kenapa walid?”
            “saja je tanya.” Jawab Encik Haziq sambil senyum nipis. Kening diangkat beberapa kali kepada si isteri.


            “Raisya, cepatlah pergi bersiap. Karang lambat pulak sampai rumah aunty Su.” Arah Puan Rania apabila dilihatnya anak bongsunya itu masih lagi meniarap di atas katil sambil menghadap laptop.
            “tak apalah mama. Sya kena siapkan proposal ni. Lusa nak kena bincang dengan papa pasal tender baru.” Tolak Raisya lembut. Puan Rania geleng kepala perlahan. Anak dengan ayah sama je. Suka sangat campur adukkan suasana kerja dekat rumah. Bila angin monsoon tropika dia datang baru semua insaf. Tu pun insaf seminggu dua je, lepas tu bawa balik lagi kerja dekat rumah.
            “ada mama kisah? Tak ada kan? so, pergi siap sekarang. Jam 8.30 kita gerak. Sharp!” tegas Puan Rania sebelum menutup pintu kamar anak daranya itu. Raisya mengeluh kecil. Skrin komputer ribanya itu dipandang. Proposal yang dimaksudkan tadi dah lama dia siapkan sekarang dia sedang menonton anime Crayon Shin Chan. Rumah aunty Suhaila? Nak menangis pula bila teringat apa yang terjadi ketika dia masih kecil. Selalu sangat kena buli dengan anak aunty Suhaila yang sulung tu. kalau tak kena sorok selipar, kena halang dari masuk rumah dia. Mentang-mentang la dia tuan rumah. Lepas tu Rayyan (abang Raisya) bukannya reti nak backup adik dia yang cun-melecun ni. malah lagi support Syazwan tu ada la.

            “tok! Tok! Tok!” daun pintu dikuak perlahan dari luar.
            “Sya, tak siap lagi? Nak pergi tak ni?” tanya Encik Emran lembut. Raisya buat muka monyok. Faham sangat dengan apa yang Raisya fikir. Encik Emran melabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz Queen milik anak daranya itu.
            “jom la pergi. Anak dia tu dah tak selera nak kacau Sya. Jom la” Pujuk Encik Emran sambil mengusap kepala Raisha perlahan. Raisha garu lengan yang tiba-tiba terasa gatal.
            “dah. Pergi siap. Papa tunggu dekat bawah ya.” Pamit Encik Emran lalu mencium anak rambut Raisya penuh kasih dan sayang. Ini sahaja anak perempuan yang dia ada. Dua orang lagi anak lelaki. Tu pun seorang dah meninggal ketika umur mencecah 2 bulan kerana mempunyai komplikasi pada jantung. Selepas itu barulah mereka dianugerahkan Nur Raisya Emani. Selepas itu Puan Rania disahkan tidak boleh mengandung lagi akibat rahim yang sudah tidak berfungsi lagi. 

Rania segera mencapai tuala mandi yang tersangkut kemas pada penyangkut yang menempatkan telekung sembahyang dan sejadahnya juga.



            Uncle Em and aunty Nia? Kawan umi yang mana satu eh?” tanya Syazwan sambil otaknya ligat mengimbas insan-insan tersebut.
            “yang kamu suka kacau anak dara dia tu ha. Sampai fobia budak tu nak datang rumah kita.” Jawab Puan Suhaila kemudian ketawa kecil apabila teringat gelagat Raisya. Syazwan ternganga buat seketika.
            “jap.. yang.. anak dia nama Rayyan tu ke?” tanya Syazwan agak terkejut. Hampir berbelas tahun tidak mendengar khabar kawan Puan Suhaila dan Encik Haziq itu. Puan Suhaila menjawab dengan anggukan kecil. Syazwan ketawa kecil.
            “lama along tak dengar khabar dorang.” Ujar Syazwan berbasa-basi.


            “umi, kawan umi dah sampai.” Lapor Syaherah yang berusia lima belas tahun teruja. Jarang rumah agam ini didatangi tetamu kalau bukan hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Puan Suhaila segera bangkit dari sofa dan bergerak menuju ke pintu utama itu. Kelihatan Mercedes Benz berwarna hitam memasuki perkarangan rumah itu. Senyuman nipis terlakar pada bibir mulusnya.
            “panggil walid. Cakap kat walid, Uncle Em dah sampai.” Arah Puan Suhaila lembut. Kakinya masih berdiri statik pada tempat yang sama.
            “Su, lama tak jumpa. Apa khabar?” tanya Puan Rania setelah salamnya dijawab. Seperti mak cik-mak cik melayu yang lain, mereka melagakan pipi mereka sebanyak tiga kali. Kemudian Puan Rania memberi sedikit ruang untuk Raisya. Raisya yang faham akan maksud mamanya itu terus menyalami tangan wanita tua itu.
            “Raisya tak datang? Rayyan mana?” tanya Puan Suhaila lemah. Puan Rania dan Encik Emran memandang antara satu sama lain kemudian mata mereka jatuh kepada Raisya. Raisya yang turut terpana itu mengangkat bahu. Tak faham dengan permainan yang dicipta Puan Suhaila. Mata Puan Suhaila jatuh pada anak gadis yang bertudung bawal merah jambu dan sepasang baju kurung berwarna putih bermotifkan bunga sakura. Sejuk mata memandang.
            “Rayyan urus projek baru dekat Selangor. Raisya? Depan mata kau ni la.” Jawab Puan Rania. Satu.. dua.. tiga.. enam.. lapan.. sepuluh.. tet tet! Masa dah tamat!
            “oit Ila, dah kenapa buat muka tertelan belacan tu.” Tegur Puan Rania. Puan Suhaila tersedar.
            “ni Raisya yang dulu takut masuk hospital tu ke?” tanya Puan Suhaila tak percaya.
            “iyala. Sampai sekarang takut lagi dengan hospital.” Jawab Puan Rania sambil menyentuh kepala si anak lembut. Raisya buat muka. Ada ke patut cakap macam tu. Malu la adoii.
            “la.. dah besar panjang dah. Tak cam dah aunty. Pakai produk apa ni? Putih gebu. Berubah dah muka, tu yang aunty tak cam. Ingatkan mama kamu ni bawa anak saudara dia tadi.” Puji Puan Suhaila. Walaupun hanya disimbahi cahaya lampu neon, masih jelas kelihatan wajah Raisya yang kemerah-merahan. Segan la bila kena puji depan-depan macam ni.
            “tengok la siapa parents dia.” Gurau Encik Emran. Puan Suhaila kerut hidung.
            “eleh.. tengok la bakal anak menantu siapa. Tu baru betul.” Gurau Puan Suhaila. Masing-masing ketawa sakan.
Thud! eh eh! Salah dengarkah? Bakal anak menantu? Sound problem or writer TER-typing error? Hahaha.. well, ini bukan typo ok!
Raisya buat-buat ketawa. Belakang badan terasa berbahang. Ok.. rasa macam topik yang tidak sepatutnya bakal menjadi bahan bualan.
            “Su, kenapa borak dekat luar? Jemput la tetamu masuk dalam dulu kut iya pun.” Arah satu suara dari belakang badan Puan Suhaila. Masing-masing terus diam.
            “Ya Allah. Lupa nak ajak. Jemput masuk Emran, Nia, Sya.” Ajak Puan Suhaila.




to be continued ..



mind rate me? ^^
1 - Baik
2 - Sederhana
3 - Lemah   

Welcome Post !! ^^



4:57PM (waktu Malaysia)
 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera and a very good afternoon!


My name is Cik Signorina.. i prefer all of you just call me Sign :)


Ekceli, this is my 2nd blog in my life.

Where’s my 1st blog? 1st blog kena hackkkk!! Waaaahhhh! Dulu memang nangis and ambil masa berminggu-minggu juga la untuk luputkan kenangan-kenangan bersama blog tu. Tak tahu la apa dendam hackers tu dengan Sign. if Allah gives me a chance to met that hackers, i just wanna beat that jerk! (-..-)


Even dalam blog tu just ada luahan hati budak tadika yang baru nak up. But blog tu punya 1001 kenangan laaa!! 
-Padahal tak ada apa pun yang istimewa dengan blog tu. Nak cakap yang followers blog tu ramai, tak ada la pula.-


Fikir positif : hackers tu baru belajar cara-cara nak hack orang lain punya blog kut.

*Tapi kenapa hack Sign punya? Sia-sia je kau tau tak bro!*



“benda dah jadi”


“bukak buku baru, tutup buku lama”



Just like eat green peas je akak-akak aku ni. diorang tak tahu ke blog tu tersangat-sangatlah bermakna bagi Sign? hmm?!!

Oklah. Nak cakap banyak pun tak guna kan?


So, disini Sign ingin mengisytiharkan bahawasanya blog Sign yang serba sakai ni *belum edit pape lagi* akan dijadikan sebagai my public diary dan tempat Sign share karya² Sign iaitu my own Cerpen.  Hope lepas ni tak ada la yang sibuk nak hack blog Sign yang kebaboom ni ha. Dan Sign minta sangat² jangan la ada yang kopi and pasta Sign punya karya tau.


Ok la. Nak undur diri dulu la. Insya-Allah Sign akan update cerpen dalam masa yang terdekat ni. Bila? Haa.. tu Sign tak boleh nak janji huhuhu.. sebab minggu ni Sign exam. Ni pun sempat kejap je buka wifi~ lepas ni terus ngadap buku! Esok paper Basic Eco weii! Kena tunjuk potensi yang cemerlang! Kalau tak sia-sia je amik course Eco but mark cam bbbrr~ Nauzubillahiminzalik! May Allah ease me everything. Insya-Allah.


Okeh.. Got to go! Maas salamah! Ilalliqa’! Assalamualaikum! (beri salam sunat, jawab salam wajib) :D

Lavh uolls! *backhug*